Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah seharusnya
menjadi aspek yang penting dalam usaha ke arah sistem pendidikan yang terbaik
selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2014
lagi. Usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pendidikan abad ke-21
telah menampakkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan memberi impak yang
besar kepada sistem pendidikan di Malaysia. Pengurusan bilik darjah yang
dikatakan juga menjadi salah satu faktor kecemerlangan pelajar. Hal ini telah
dibuktikan melalui kajian yang telah kami lakukan. Pengurusan bilik darjah yang
baik dari segi persekitaran bilik darjah yang bersih, kemas serta ceria
menaikkan lagi semangat para pelajar untuk belajar dan membuatkan mereka lebih selesa
untuk belajar di dalam persekitaran yang ceria. Mengikut pendidikan abad ke-21
yang berpusatkan pelajar maka seharusnya keperluan dan kepentingan pelajar
harus dijaga dan diutamakan. Melalui dapatan kajian yang telah di beri,
persekitaran fizikal bilik darjah penting kerana persekitaran yang kondusif
boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran pelajar. Persekitaran fizikal
boleh dikategorikan sebagai susun atur meja dan juga kerusi di dalam bilik
darjah. Selain itu, hiasan di dalam bilik darjah yang mempunyai unsur-unsur
setiap subjek sebagai contoh subjek Sains atau Matematik di samping
mencantikkan kawasan di dalam bilik darjah, pelajar juga dapat menambahkan ilmu
mereka terhadap subjek tersebut. Tidak kurang penting juga dari segi warna cat
di dalam bilik darjah supaya bilik darjah tersebut tidak kelihatan suram atau
sempit. Kemudahan yang diberikan kepada sekolah haruslah mencukupi supaya
pelajar dan guru boleh menggunakan kemudahan tersebut dan kemudahan tersebut
hendaklah sentiasa diperbaiki jika ada yang rosak mahupun tidak boleh
digunakan. Peranan daripada guru dan pelajar amatlah penting dalam pengurusan
bilik darjah agar kelas tersebut terjaga dan sentiasa ceria. Jadi, melalui
kajian ini kita dapat buktikan bahawa pengurusan bilik darjah amat penting.
Guru dan pelajar yang dipertanggungjawabkan ke atas pengurusan bilik darjah
seharusnya berganding bahu dalam menjayakan salah satu usaha ke arah
kecemerlangan murid dan sekolah ini.
Friday, November 23, 2018
PERBINCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
Dalam konteks kajian ini, pengurusan bilik darjah
merujuk tugas guru dalam mengurus rutin harian bilik darjah. Terdapat enam
rutin yang perlu diikuti oleh guru dalam mengurus bilik darjah iaitu rutin
kelas, rutin pentadbiran, rutin pergerakan murid, rutin pengurusan tugasan,
rutin pembelajaran serta rutin interaksi.
1) Rutin kelas
·
Rutin
kelas merupakan peraturan dan prosedur untuk mewujudkan situasi pengajaran dan
pembelajaran P&P yang baik dan berkesan. Contohnya seperti menjaga
kebersihan, kekemasan, jadual bertugas murid dan sebagainya ketika di dalam
bilik darjah.
2) Rutin pentadbiran
·
Dalam
rutin pentadbiran, peranan guru merupakan peranan yang pelbagai kerana guru
perlu mentadbir bilik darjah dengan berkesan untuk dapat menjimatkan masa dan
tenaga kepada guru dan murid. Contohnya adalah mencatat kehadiran, memungut
yuran murid, laporan kemajuan murid, kad 001 dan kad kesihatan murid.
3) Rutin pergerakan murid
·
Ini
adalah penting kepada setiap murid di sekolah iaitu pergerakan murid ketika
berada di dalam kelas mahupun di luar kelas bagi memastikan keselamatan mereka
terjaga. Guru hendaklah memastikan murid-muridnya beratur sebelum memasuki atau
apabila mahu keluar kelas dengan tertib dan teratur. Contohnya, aktiviti yang
dilakukan di dalam bilik darjah ke aktiviti luar bilik darjah, aktiviti kelas
ke aktiviti kumpulan dan ke kelas makmal komputeratau makmal sains yang
memerlukan murid untuk bergerak.
4) Rutin pengurusan tugasan
·
Persediaan
guru terhadap tugasan, aktiviti sumber pengajaran dan pembelajaran dan membina
pusat aktiviti. Guru perlu memberitahu hasil pembelajaran yang diharapkan supaya
murid tahu apa yang perlu difahami oleh mereka dan guru perlu memantau setiap
aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian murid itu.
5) Rutin pembelajaran
·
Setiap
murid perlu melibatkan diri dalam pembelajaran dengan aktif. Sebagai contohnya,
dengan memungut buku latihan, menagih bahan dan buku.
6) Rutin interaksi
·
Rutin
interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran menekankan aktiviti berpusat kepada
murid. Interaksi di antara guru dan murid sangat digalakkan tetapi ada caranya
dan bersopan. Melalui interaksi yang berkesan, murid dapat mencerna
pembelajaran dengan baik dan berani untuk tampil ke hadapan berhadapan dengan
orang ramai. Contohnya seperti, perbincangan kelas atau kumpulan, membuat
ujikaji makmal dan projek.
Di dalam bilik darjah, guru yang mengurus
murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, cara menyusun kerusi-meja
dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam atau di luar bilik
darjah, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Konteks amalan pengurusan bilik darjah adalah luas. Pelajar akan sentiasa
memerhati dan saling berinteraksi dengan guru di dalam atau di luar bilik
darjah. Maka, pendekatan atau amalan guru berupaya mempengaruhi pelajar dalam
bilik darjah serta prestasi akademik dan sahsiah mereka sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung. Pengurusan bilik darjah yang efektif memerlukan
kemahiran merancang, mengelola dan merefleksi disamping keupayaan bekerja dalam
kumpulan (Bosch, 2006).
Perkara
utama yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah bagaimana guru akan mengurus
bilik darjah pada hari pertama melangkah masuk ke bilik darjah untuk mengajar.
Para pelajar secara langsung akan terus menilai guru yang akan mengajar mereka.
Sebagai seorang guru, perlu lebih bersedia dan merancang apakah yang akan guru
lakukan pada kali pertama melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Apabila
melangkah masuk ke dalam bilik darjah pada kali pertama, guru perlu memulakan
pertemuan tersebut dengan sesi perkenalan. Pengetahuan guru mengenai nama dan
latar belakang pelajar akan dapat membantu mengeratkan lagi hubungan dengan
pelajar sekaligus dapat membantu guru pelatih mengawal bilik darjahnya dengan
baik dan cekap. Kaedah ini memudahkan guru untuk berkomunikasi dan berinteraksi
dengan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku ataupun ketika
berurusan di luar bilik darjah. Pelajar akan berasa bangga dan dihargai apabila
mereka dipanggil oleh guru. Guru perlu membuat perancangan yang rapi berkaitan
dengan susunatur di bilik darjah. Susunan yang baik seharusnya membolehkan guru
memerhati semua pelajarnya dan seterusnya dapat mengendali bilik darjah dengan
mudah. Pelajar perlu berada di dalam kedudukan yang selesa di mana mereka boleh
melihat guru ataupun sebarang persembahan pengajaran oleh guru tanpa perlu
berpaling ataupun bergerak ke mana-mana.
Selain
itu, masalah yang dihadapi oleh guru dalam mengurus bilik darjah adalah dari
tingkah laku disiplin pelajar dan masalah susun atur dan
peralatan yang tidak cukup akan memberi impak kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara strategi menangani masalah tingkah laku disiplin pelajar yang
berkesan ialah bersikap tegas dengan pelajar. Ketegasan di bilik darjah
bermaksud guru perlu bijak memperjelaskan ekspektasinya kepada pelajar. Guru
perlu tegas dengan memperjelaskan prosedur dan peraturan di bilik darjah serta
ekpektasi yang guru harapkan daripada pelajarnya. Ini sebagai isyarat kepada
pelajar supaya mereka bertingkah laku seperti yang dikehendaki dan tidak
memberi peluang kepada mereka untuk melampaui garis paraturan yang telah
ditetapkan. Strategi ini mungkin lebih sesuai digunakan bagi para pelajar yang
tingkah laku mereka sukar dikawal ataupun mereka kurang mendapat perhatian dan
layanan kasih sayang di rumah. Justeru itu, mereka ingin menguji sama ada semua
orang dewasa yang mereka temui benar-benar mengambil berat dan memberi
perhatian terhadap mereka. Walaupun berhadapan dengan pelajar sebegini,
kaedah-kaedah berikut boleh dicubatiru bagi mengatasi masalah ini. Strategi
yang dicadangkan melibatkan sebahagian besar guru yang perlu memainkan peranan.
PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras
atau fasilitator. Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja
tertumpu pada pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif, tetapi juga
tentang pengurusan pentaksiran dan juga menguruskan sumber maklumat.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Sebagai seorang guru, persekitaran yang sihat haruslah dititikberatkan bagi mendorong murid untuk minat belajar. Kesimpulannya, iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada budaya yang mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Selain itu, seseorang guru perlu mempunyai daya tarikan tersendiri dari segi pengajaran dan juga komunikasi dengan pelajar. Di samping itu, faktor yang paling penting dalam membincangkan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah adalah komunikasi yang berkesan. Antara ciri tersebut adalah penggunaan bahasa yang sopan dan mudah difahami. Sebagai seorang guru, hendaklah ditegaskan untuk bersopan ketika menutur kata walaupun berhadapan dengan situasi yang tegang. Hal ini keranan, guru harus bersikap profesional dalam menjalankan tugas. Selain itu, sewaktu pembelajaran berlaku, guru perlu lah memberi perhatian kepada semua pelajar, tiada unsur pilih kasih antara yang lemah dan pandai. Guru juga perlu memberi perhatian terhadap murid dan juga menghormati keputusan mereka. Sewaktu pengajaran dan pembelajaran, guru digalakkan untuk mempunyai kontek mata apabila berbicara dengan murid dan juga bersemangat ketika mengajar dengan menggunakan lontaran suara yang jelas bagi menggalakkan murid menumpukan perhatian. Personaliti seseorang guru juga sangat penting kerana guru selalu dijadikan contoh dalam masyarakat. Seorang guru yang profesional mestilah mempunyai kekuatan dari segi mental kerana sangatlah mencabar untuk mengawal murid serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada waktu yang sama. Justeru, kemahiran mengurus bilik darjah tidak boleh dipandang enteng.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Sebagai seorang guru, persekitaran yang sihat haruslah dititikberatkan bagi mendorong murid untuk minat belajar. Kesimpulannya, iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada budaya yang mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Selain itu, seseorang guru perlu mempunyai daya tarikan tersendiri dari segi pengajaran dan juga komunikasi dengan pelajar. Di samping itu, faktor yang paling penting dalam membincangkan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah adalah komunikasi yang berkesan. Antara ciri tersebut adalah penggunaan bahasa yang sopan dan mudah difahami. Sebagai seorang guru, hendaklah ditegaskan untuk bersopan ketika menutur kata walaupun berhadapan dengan situasi yang tegang. Hal ini keranan, guru harus bersikap profesional dalam menjalankan tugas. Selain itu, sewaktu pembelajaran berlaku, guru perlu lah memberi perhatian kepada semua pelajar, tiada unsur pilih kasih antara yang lemah dan pandai. Guru juga perlu memberi perhatian terhadap murid dan juga menghormati keputusan mereka. Sewaktu pengajaran dan pembelajaran, guru digalakkan untuk mempunyai kontek mata apabila berbicara dengan murid dan juga bersemangat ketika mengajar dengan menggunakan lontaran suara yang jelas bagi menggalakkan murid menumpukan perhatian. Personaliti seseorang guru juga sangat penting kerana guru selalu dijadikan contoh dalam masyarakat. Seorang guru yang profesional mestilah mempunyai kekuatan dari segi mental kerana sangatlah mencabar untuk mengawal murid serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada waktu yang sama. Justeru, kemahiran mengurus bilik darjah tidak boleh dipandang enteng.
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
Dalam
pengurusan bilik darjah terdapat beberapa masalah atau halangan yang perlu
dihadapi oleh guru. Masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam pengurusan
bilik darjah adalah tingkah laku serta disiplin pelajar. Kebanyakan guru berasa
terbeban dengan masalah disiplin yang perlu mereka tangani setiap hari di
sekolah kerana kebanyakan masalah disiplin adalah pelbagai dan simptom dari masalah
berbeza yang dihadapi oeh pelajar pada tahap yang berlainan (Myint et al. 2004).
Fontana (1985) menyenaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kesukaran kepada
para guru untuk mengawal dan mengurus tingkah laku pelajar di dalam bilik
darjah iaitu, perbezaan tingkah laku disebabkan umur, kemahiran dan keupayaan
berbeza antara pelajar, perbezaan sosio ekonomi dan perbezaan budaya dalam
kalangan pelajar. Antara halangan pengurusan bilik darjah adalah peraturan yang
rigid, peribadi guru yang menghalang mereka daripada mengambil tindakan terhadap
pelajar, ibubapa yang memanjakan anak mereka dan kumpulan pelajar yang membentuk
kumpulan atau ‘klik’ sendiri (Mook Soon Sang, 2011). Haliza dan Joy Nesamalar
(2009) pula menyenaraikan hubungan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan
persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak
dijangka merupakan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh para guru dalam
usaha menguruskan bilik darjah di sekolah.
Selain
itu, masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak
juga akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek
susun atur sebuah bilk darjah, guru seringkali berhadapan dengan kematian punca
untuk mengatur kedudukan meja dan kerusi pelajar-pelajar malah meja dan kerusi
guru itu sendiri juga. Hal ini mungkin disebabkan dua faktor yang utama iaitu
bilangan pelajar yang begitu ramai dalam satu bilik darjah dan yang keduanya
ditambah pula dengan ruang bilik darjah yang begitu terhad. Situasi ini berlaku
kepada guru yang mengajar di sekolah harian. Menurut Savage
(1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi
tingkah laku pelajar malah ia juga boleh mempengaruhi sikap pelajar dan
penyumbangan kepada akademi pelajar. Ditinjau dari aspek
peralatan pula, selalunya bukanlah peralatan yang disediakan itu tidak
mencukupi tetapi selalunya peralatan itu tidak boleh berfungsi atau dengan kata
lain rosak. Sebagai contoh antara alatan-alatan yang selalu mudah rosak sama ada
rosak atau dirosakkan pelajar ialah pemadam papan hitam, penyapu, peralatan di
ruangan belajar seperti almari malahan kadang-kadang papan hitam dan meja serta
kerusi pun turut rosak atau dirosakkan. Peralatan-peralatan seperti ini memang
tidak dapat dinafikan bantuannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan telah pun disediakan oleh pihak pengurusan tetapi pengedarannya secara
berkala seperti papan hitam mungkin dua atau tiga tahun sekali. Di sini jelas
menunjukkan masalah yang guru dan bakal guru akan hadapi di dalam bilik darjah.
Wednesday, November 21, 2018
PENGURUSAN BILIK DARJAH BERDASARKAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Dalam
menuju kearah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa perubahan yang
akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Bersesuaian dengan matlamat dan
zaman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pembelajaran
abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.
Keberkesanan pembelajaran abad ke-21
ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi
penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid bukan berpusatkan guru. Guru perlu menjadi pemudahcara kepada
murid dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas. Warga pendidik perlu mempersiapkan
diri dengan kemahiran terkini dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
kerana mereka adalah jentera perlaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang
oleh kerjaaan.
Persekitaran fizikal bilik darjah
adalah penting kerana persekitaran yang kondusif boleh menggalakkan atau
menghalang pembelajaran. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah
mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pembelajaran.
Ciri-ciri
bilik darjah abad ke-21
Sambil
melangkah jauh ke alaf baru, ia menjadi jelas bahawa keperluan bilik darjah
abad ke-21 adalah sangat berbeza daripada keperluan bilik darjah abad ke-20.
Bilik darjah abad ke-21, guru adalah fasilitator kepada pembelajaran murid dan
pencipta kepada persekitaran bilik darjah yang produktif di mana murid boleh
membangunkan kemahiran yang diperlukan mereka di tempat kerja.
Focus bilik darjah abad ke-21 adalah
pada murid, di mana mereka dapat mengalami persekitaran sebagaimana mereka akan
memasuki alam pekerjaan pada abad ke-21 kelak. Kolaboratif kurikulum berasaskan
projek yang digunakan di dalam kelas ini membangunkan kemahiran berfikiran aras
tinggi, kemahiran komunikasi yang berkesan dan pengetahuan teknologi yang murid
perlu di tempat kerja dalam abad ke-21.
Susunatur
bilik darjah pembelajaran abad ke-21
Dari
segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disusun dengan
kemas dan rapi mengikut kumpulan. Susunatur bagi bilik darjah abad ke-21 adalah
mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat
aktif dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, membina ruang
autonomi pembelajaran dan meselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang
pembelajaran mental. Tiga konsep utama yang boleh digunapakai adalah campfire,
watering hole and cave. Campfire adalah konsep yang memberi ruang pembelajaran
daripada orang pakar ataupun pencerita. Manakala konsep watering hole pula
adalah ruang pembelajaran sesame rakan yang melibatkan kolaborasi dalam
kumpulan yang kecil. Konsep cave pula adalah ruang pembelajaran individu untuk
mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.
Dari segi saiz bilik darjah, ruang
bilik darjah yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah bilik darjah bagi
memudahkan pergerakkan murid dan guru. Guru boleh berdiri di tengah kelas serta
dapat memberi perhatian kepada semua murid dalam kumpulan. Dengan ini,
murid-murid dapat memberi sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar di
hadapan. Saiz bilik darjah yang besar akan memberikan keselesaan semasa
murid-murid dalam bilik darjah.
Dari segi kemudahan, bilik darjah
abad ke-21 dilengkapi dengan kerusi dan meja yang mencukupi, papan hitam atau
putih, sudut objektif, ruang paparan hasil kerja murid, parking lot, bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, alat
bantu mengajar yang disediakan oleh guru, punch
card dan traffic light card. Parking lot adalah satu sudut murid
boleh menampal semua refleksi tentang pembelajaran yang telah diikuti. Guru
perlulah mengambil maklum dan memberikan penerangan jika ada sebarang soalan
yang ditampal oleh murid pada parking lot
tersebut. Melalui kaedah ini, guru dapat mengetahui jumlah murid yang menguasai
atau tidak menguasai pembelajaran hari tersebut. Selain itu, kemudahan yang
digunakan adalah traffic light card.
Pelbagai kegunaan traffic light cards antaranya guru boleh menggunakan untuk
mengetahui tahap pemahan murid, murid yang tidak faham akan mengangkat kad
berwarna merah, murid yang tidak pasti akan mengangkat kad berwarna kuning
manakala murid yang faham akan mengangkat kad berwarna hijau. Selain itu, traffic light card juga untuk mengawal
murid daripada bercakap apabila ingin melontarkan pertanyaan dengan cara murid
yang ingin bertanya, boleh diarahkan untuk mengangkat traffic light berwarna merah atau kuning dan guru akan bergerak
kearah murid tersebut. Seterusnya, sudut objektif adalah bermaksud sudut untuk
guru menulis objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan. Objektif dan kriteria
kejayaan bukan sahaja ditulis tetapi perlu diterangkan oleh guru kepada murid.
Kaedah
temuramah digunakan dalam kajian ini dapat memberikan kerjasama untuk memberi
maklumat berkenaan dengan pengurusan bilik darjah berdasarkan pembelajaran abad
ke-21.
Soalan
1: Bagaimanakah kaedah
guru mengurus bilik darjah pada pertemuan kali pertama?
“...guru juga perlu berkenal-kenalan dengan
murid di dalam kelas pada pertemuan kali pertama dengan murid tersebut agar
murid berasa selesa terhadap guru tersebut dan membuka diri mereka untuk menerima
pengajaran daripada guru tersebut. Di samping itu, pada pertemuan kali pertama
guru haruslah menyusun meja murid tersebut agar mereka duduk di dalam kumpulan
dan dalam satu kumpulan itu terdiri daripada murid yang pandai dan juga murid
yang lemah. Dengan itu, murid yang pandai dapat membantu murid yang lemah
sekiranya mereka tidak faham apa yang telah diajarkan oleh guru...”
(Sumber: Guru
1)
Soalan
2: Bagaimanakah
keadaan yang dikategorikan persekitaran bilik darjah yang sesuai bagi sesi
pembelajaran?
“...perkara utama untuk mendapatkan susunan
bilik darjah yang baik adalah dengan
memastikan lalu lintas dalam bilik darjah tidak sesak. Maksud lalu
lintas di sini adalah laluan antara meja ke meja dan laluan di dalam kelas
tersebut. Selain itu, semua murid harus dipastikan agar dapat dilihat oleh guru
supaya guru dapat memantau kelakuan murid di dalam kelas. Di samping itu juga,
persekitaran yang sesuai di dalam bilik darjah adalah dengan memastikan murid
mudah melihat apa yang ditulis di papan putih dan dapat mendengar dengan jelas
penyampaian daripada guru. Ruang dan tempat yang sesuai untuk guru berdiri
semasa mengajar juga turut diambil kira untuk mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang sesuai. Bilik darjah juga perlu mempunyai papan buletin atau papan
kenyataan untuk mempamerkan berkenaan informasi tambahan atau hasil kerja
murid. Penggunaan ruang juga harus dilaraskan agar perabot dan alatan seperti
meja guru atau rak untuk meletakkan buku bagi sudut bacaan dapat disusun dengan
teratur dan kemas...”
(Sumber: Guru 1)
Soalan 3: Apakah masalah yang sering dihadapi
oleh guru dalam pengurusan bilik darjah?
“...guru berhadapan dengan masalah disiplin
murid di dalam kelas seperti murid ponteng kelas, ponteng sekolah, berpura-pura
sakit, bising di dalam kelas sehingga mengganggu sesi pengajaran dan
pembelajaran dan banyak lagi. Seterusnya bilangan murid yang ramai di dalam
kelas juga menjadi suatu masalah buat guru kerana guru tidak dapat mengawal
kelas dengan baik dan juga di dalam kelas tersebut terdiri daripada pelajar
yang mempunyai daya pemahaman yang berbeza. Terdapat murid yang cekap dan terus
memahami apa yang diajar oleh guru dan terdapat juga murid yang lemah dari segi
pemahamannya dan memerlukan penerangan dengan lebih jelas oleh guru. Dengan
itu, apabila sesebuah kelas itu mempunyai ramai murid maka guru tidak dapat
fokus kepada murid yang lemah tersebut kerana terlalu ramai murid di dalam
sesebuah kelas...”
(Sumber: Guru 1)
Soalan 4: Apakah peranan guru dalam
menguruskan bilik darjah?
“...peranan guru sebagai pengurus bilik darjah
yang utama adalah mendapatkan kerjasama daripada murid. Kerjasama daripada
mereka amat diharapkan agar segala yang dirancang oleh guru tersebut dapat
terlaksana dengan baik. Oleh itu, guru seharusnya berusaha mendapatkan
kepercayaan murid agar mereka sudi untuk memberikan kerjasama semasa berada
dalam bilik darjah dan guru harus bijak dalam
menarik perhatian murid agar mereka berkeinginan untuk mengikuti arahan
daripada guru tersebut. Selain itu, guru juga bertanggungjawab dalam
menguruskan persekitaran bilik darjah bagi mewujudkan bilik darjah yang
kondusif agar mampu merangsang suasana pembelajaran yang optimum. Sebagai
contoh, guru menyuruh murid mengutip sampah yang berdekatan dengan mereka
terlebih dahulu sebelum memulakan kelas agar kelas tampak bersih dan juga
memastikan susunan meja tampak teratur dan kemas supaya murid dapat belajar
dalam keadaan yang selesa. Di samping itu, guru juga bertindak sebagai pengurus
yang memastikan setiap rutin bilik darjah berjalan dengan lancar dan memastikan
ianya berjalan seperti yang dirancang bagi memastikan tahap disiplin pelajar
dapat dikawal. Jika rutin bilik darjah berjalan lancar, kelangsungan proses
P&P turut terpelihara...”
(Sumber: Guru
1)
Soalan 5: Bagaimanakah susunan meja di dalam
bilik darjah mengikut abad ke-21?
“...pada awal tahun, guru kelas akan
memastikan murid menyusun meja mereka dalam bentuk kumpulan kerana pembelajaran
mengikut abad ke-21 adalah berorientasikan murid dan guru hanya bertindak
sebagai fasilitator sahaja. Hal ini bagi membuatkan mereka merasai persekitaran
sebagaimana mereka akan masuk sebagai pekerja abad ke-21. Kolaboratif kurikulum
berasaskan projek yang digunakan di dalam bilik darjah ini dapat membangunkan
kemahiran berfikiran aras tinggi, kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan
pengetahuan teknologi yang murid perlu di tempat kerja pada abad ke-21. Maka,
penyusunan meja dalam bentuk kumpulan adalah bersesuaian bagi mencapai objektif
pembelajaran mengikut abad ke-21. Selain itu, murid juga dapat berbincang
sesama mereka dan meluahkan pendapat masing-masing kerana pendapat daripada
setiap murid itu pasti berbeza. Di samping itu, kumpulan tersebut terdiri
daripada murid yang lemah dan juga murid yang pandai. Jika mereka dicampurkan
dalam satu kumpulan, murid yang pandai tersebut dapat membantu murid yang lemah
itu...”
(Sumber: Guru
1)
Soalan 6: Bagaimanakah set induksi digunakan
oleh guru di dalam bilik darjah?
“...set induksi adalah set bagi memulakan
sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses,
aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi
pelajaran. Tujuan utama set induksi ini digunakan di dalam bilik darjah adalah
untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka
akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan
dan ia tidak digunakan untuk setiap kali pengajaran hanya topik-topik tertentu
sahaja yang menggunakan set induksi ini. Sebagai contoh, bagi tajuk jirim dalam
mata pelajaran Sains guru akan memberi satu kumpulan satu belon dan menyuruh
mereka meniup belon tersebut. Selepas itu, guru akan bertanya kepada mereka apa
yang masuk dalam belon tersebut dan bagaimana belon itu boleh mengembang?
Selepas itu, murid akan cuba memberi jawapan mereka dan kemudian guru akan
memberitahu jawapan yang betul dan mengaitkan dengan apa yang hendak mereka
pelajari pada hari tersebut iaitu jirim. Dengan itu, murid akan dapat lihat dan
dapat memahami dengan lebih jelas lagi apa yang akan diajar oleh guru pada hari
tersebut sekali gus menarik minat murid untuk belajar berkenaan topik
tersebut...”
(Sumber: Guru
1)
Soalan 7: Apakah kesan pengurusan bilik darjah
yang berkesan?
”...kesan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah
ramai murid yang berjaya dan cemerlang dari segi akademiknya. Hal ini
menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil daripada perlakuan guru,
seperti merancang, mengurus dan mengajar dengan baik dan juga ianya juga
daripada perlakuan murid tersebut di dalam bilik darjah seperti melibatkan diri
dalam perbincangan di dalam bilik darjah, menguasai pelajaran dan menyelesaikan
tugasan yang diberikan oleh guru. Seterusnya, pengurusan bilik darjah
yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi di kalangan
murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik
darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah
bergantung kepada corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerlukan imaginasi
guru supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka
dengan suasana yang selesa. Papan kenyataan dalam bilik darjah juga
menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya diamanfaatkan secara berkesan.
Selain itu, pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hal ini
kerana, kemampuan seseorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal,
iklim, komunikasi dan pengawalan disiplin dapat memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar
seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai. Murid juga akan merasa seronok
dan dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap apa yang diajarkan oleh
guru...”
(Sumber: Guru 1)
APA ITU PENGURUSAN BILIK DARJAH?
Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Ianya adalah pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).
Pengurusan bilik darjah merupakan sebahagian
dari proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membina serta memupuk
tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan
pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran. Suasana
pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan
pada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek
pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar. Maka, bilik darjah yang
diurus dengan baik dapat membentuk satu budaya pengajaran dan pembelajaran yang
positif dan kondusif. Guru-guru boleh mempelbagaikan kemahiran
pengajaran dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah. Sekiranya ia wujud
dalam bilik darjah, pelajar akan berminat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan tanpa gangguan atau halangan. Sehubungan ini,
pengetua perlu memastikan para guru memahami tugas dan peranan mereka dalam
menentukan disiplin pelajar di bilik darjah berada dalam keadaan baik dan
terkawal pada setiap masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)