Friday, November 23, 2018

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja tertumpu pada pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif, tetapi juga tentang pengurusan pentaksiran dan juga menguruskan sumber maklumat.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Sebagai seorang guru, persekitaran yang sihat haruslah dititikberatkan bagi mendorong murid untuk minat belajar. Kesimpulannya, iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada budaya yang mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Selain itu, seseorang guru perlu mempunyai daya tarikan tersendiri dari segi pengajaran dan juga komunikasi dengan pelajar. Di samping itu, faktor yang paling penting dalam membincangkan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah adalah komunikasi yang berkesan. Antara ciri tersebut adalah penggunaan bahasa yang sopan dan mudah difahami. Sebagai seorang guru, hendaklah ditegaskan untuk bersopan ketika menutur kata walaupun berhadapan dengan situasi yang tegang. Hal ini keranan, guru harus bersikap profesional dalam menjalankan tugas. Selain itu, sewaktu pembelajaran berlaku, guru perlu lah memberi perhatian kepada semua pelajar, tiada unsur pilih kasih antara yang lemah dan pandai. Guru juga perlu memberi perhatian terhadap murid dan juga menghormati keputusan mereka. Sewaktu pengajaran dan pembelajaran, guru digalakkan untuk mempunyai kontek mata apabila berbicara dengan murid dan juga bersemangat ketika mengajar dengan menggunakan lontaran suara yang jelas bagi menggalakkan murid menumpukan perhatian. Personaliti seseorang guru juga sangat penting kerana guru selalu dijadikan contoh dalam masyarakat. Seorang guru yang profesional mestilah mempunyai kekuatan dari segi mental kerana sangatlah mencabar untuk mengawal murid serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada waktu yang sama. Justeru, kemahiran mengurus bilik darjah tidak boleh dipandang enteng.

No comments:

Post a Comment